Monday, October 25, 2010

CONTOH-CONTOH ARTIS ILLUMINATI - NUFFSAID

Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!





Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.


All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us

'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.

Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me

Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka

Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.



Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.

Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy 




Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.
Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.



Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajal. (NWO)


'Unfinished' Piramid


Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.


One Eye










One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion


Pillar Of Freemason


Formation tangan yang sama dengan Baptomet


Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.


Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)




Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.


p/s - Lagi suka nasyid dan baccan Al-Quran. Itulah halwa telinga paling baik.

Saturday, October 23, 2010

PENDEDAHAN ILLUMINATI V - MISTISFILES

MAKSUD TERSEMBUNYI DALAM LAMBANG ILLUMINATI DAN FREEMASON



Heksagram terdiri atas dua segitiga yang posisi saling berlawanan sehingga membentuk enam sudut. Jika heksagram kita tempatkan di atas lambang Great Seal, ada 5 sudut yang mengarah pada kata-kata bahasa latin di dalamnya. Di sisi atas tertulis kata “Annuit Coeptis” yang dalam bahasa Inggeris bererti “Announcing the Beginning of”, sedangkan pada sisi bawah Great Seal tertulis “Novus Ordo Seclorum” yang berarti “New World Order”.

Hexagram yang ditempatkan di atas Great Seal, akan mengarah pada objek masing-masing, jika menggunakan pemerhatian berdasarkan arah jarum jam (kiri-kanan), maka akan diperolehi:

Sudut 1 menunjukkan huruf A dari kata Annuit

Sudut 2 akan menunjukkan “The all-seeing eye”

Sudut 3 akan menunjukkan huruf S dari kata Coeptis

Sudut 4 akan menunjukkan huruf M dari kata Seclorum

Sudut 5 akan menunjukkan huruf O dari kata Order

Sudut 6 akan menunjukkan huruf N dari kata Novus







Dengan demikian, huruf-huruf yang terkumpul adalah ASMON. Tentu sahaja ini merupakan sebuah anagram. Dan untuk mencari kemungkinan urutan katanya, dengan menggunakan software Anagram Genius V.1. akan menemukan ASMON sebagai anagram dari MASON dengan tingkat ketepatan 87%. Seperti yang kita tahu, Mason adalah ungkapan pendek dari organisasi Freemason, yang dikatakan terlibat berbagai konspirasi peringkat tinggi dan telah berhasil mengubah “wajah dunia” kita seperti sekarang ini.

Lambang dari organisasi ini adalah jangkasudut dan sesiku, tambahan pula jika lambang tersebut kita letakkan di atas Great Seal, maka akan menunjuk pada objek-objek yang sama dengan apa yang telah disebutkan di atas. Organisasi selalu menyamarkan kewujudannya di dalam pelbagai lambang yang biasanya terungkap di dalam pelbagai bentuk-bentuk geometri sehingga nisbah emas (Phi).

“The Great Seal” ditetapkan menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782. Gambar disebaliknya tidak pernah diketahui sampai akhirnya lambang tersebut dijadikan sebagai sebagian dari mata wang dolar ketika masa pemerintahan seorang Mason, Roosevelt. Mata yang terdapat di atas piramid Mason pada “The Great Seal” adalah “Mata Tuhan”. Mata Tuhan yang sedang mengawasi dan penglihatannya mampu menembus hati.





The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi berkenaan misteri yang meliputinya. Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antara lain:

* Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13
* Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13
* Pada kalimat, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13
* Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13
* Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam darjat Freemason
* Pada gambar Piramid, jumlah lapisan batu granit adalah 13 yang mewakili 13 keturunan Illuminati
* Pada kalimat Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13

Yang perlu diperhatikan adalah pada helang The Great Seal, jumlah bulu pada sayap kanan ada 32, sedangkan sayap kiri berjumlah 33. Angka 32 pada sayap kanan mewakili jumlah tingkatan pada Scottish Rite, dan 33 mewakili 33 tingkatan Freemasonry. Jumlah bulu ekor ada 9, ini melambangkan 9 tingkatan Mason yang ada di York Rite. Helang itu sendiri merupakan ikon Masonry yang telah digunakan secara luas oleh Scottish Rite.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan menemukan 13 pentagram pada sisi atas kepala helang. Pentagram-pentagram itu disusun dengan membentuk formasi heksagram atau Seal of Solomon yang lebih besar lagi. Heksagram adalah azimat yang digunakan kaum pagan untuk membangkitkan syaitan. Ini juga merupakan mewakili lucifer (666) yang terbentuk dari 6 titik, 6 sudut, dan 6 permukaan.

Lambang burung helang yang digunakan Mason menggantikan burung Phoenix sebagai simbol kenegaraan pada tahun 1841. Phoenix adalah simbol persaudaraan sejak zaman Mesir kuno. Phoenix dipakai oleh para pendiri (Founding Fathers) negara Amerika setelah rekabentuknya dibuat dan diusulkan oleh Charles Thompson, setiausaha Continental Congress.





Sementara itu, pada sisi sebelah kanan gambar George Washington pada mata wang dolar Amerika, akan terlihat mohor Jabatan Kewangan Amerika. Mohor tersebut terdiri atas kunci, dacing keadilan, dan sesiku yang merupakan simbol-simbol penting bagi golongan Freemasonry. Jika diperhatikan dengan teliti pada sekitar sesiku pada mohor tersebut, terdapat 13 lubang di dalamnya. Ditemukan juga 39 titik-titik berwarna hijau yang mengelilingi sesiku, dacing, dan kunci. Masih ingat angka 39? Hasil bahagi 39 adalah 19.5. Angka 19.5 dapat muncul pada desain kota kuno Cydonia, Mars, Avebury di England dan Washington DC.




Gambar burung hantu yang berukuran sangat kecil juga muncul di sebelah kiri angka “1”, yang ada di sudut kanan atas mata wang dolar.




Dari waktu ke waktu, banyak personaliti politik berpengaruh di Amerika yang tertangkap kamera menunjukan simbol burung hantu dengan tangannya.




Mari kita lihat pada mohor 'Annuit Coeptis'.Pada dasar piramid terdapat sejumlah angka romawi. Jika dijumlah angka tersebut sama dengan 1776, tahun kemerdekaan Amerika, juga tahun persaudaraan Illuminati terbentuk secara formal.


Berbagai kaedah digunakan untuk memunculkan angka 1776. Dan pada akhirnya pereka The Great Seal menggunakan sistem angka Babilon ('Babilon' adalah kata kunci merujuk kepada salah satu rujukan mistik sesat Illuminati). Sistem angkanya tidak menggunakan puluhan tetapi 6. Sebagai contoh, 600 adalah 1000, 60 adalah 100, dan 6 adalah 10.

PENDEDAHAN ILLUMINATI IV - MISTISFILES



Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Telah diterangkan sebelum ini bahawa strategi Dajal adalah dengan memperbanyakkan pertubuhannya di sana-sini,satu untuk mengekalkan ia (survive) dan yang kedua untuk mengelirukan orang ramai.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).

Menurut sejarah Illuminati moden, William Petty, Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, adalah orang-orang yang berhasil menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.


Pengikut Adam Weishaupt yang kebanyakan adalah penganut Kabbalah, kemudian secara teratur melakukan penyusupan ke dalam "Freemasonry" yang pada waktu itu dipimpin Friederich yang Agung dari Prusia, termasuk Duc d'Orleans. Untuk kepentingan tersebut Adam Weishaupt mahukan dukungan dari orang-orang kaya Yahudi. Sejak terjadinya penyusupan itu sulit sekali membezakan antara “Illuminati" dengan "Freemasonry". Bahkan logo "Illuminati" (piramid dengan mata Lucifer di puncaknya), kemudian digunakan sebagai logo "Freemasonry" di samping logo berbentuk "sesiku dengan sebuah jangkasudut".

Ketika 'Illuminati' dibubarkan pada bulan Ogos 1784 (akibat peristiwa terbongkarnya kerja-kerja Adam Weishaupt oleh Kerajaan Bavaria ketika itu), mereka dipindahkan markasnya dari Ingolstadt ke Frankfurt, yang berada dl hawah kontrol keluarga Rothschilds.Tidak lama sesudah itu "wang mengalir dengan deras ke lodge-lodge di Frankfurt, dimana dari sana dirumuskan sebuah perancangan yang didukung dengan pembiayaan yang kuat untuk mewujudkan revolusi dunia." Sejak itu pula gerakan Freemasonry dikuasai oleh penganut Kabbalah dari Illuminati.

Penyusupan ini berhasil mencetuskan Revolusi Perancis dengan dukungan "illuminatus" Perancis. Kemudian dari Jerman dan Perancis gerakan Freemasonry yang sudah dikuasai oleh golongan Kabbalah menugaskan beberapa orang revolusioner muda Yahudi untuk menulis ‘Manifesto Komunis'. Freemasonry yang baru ini kemudian membentuk Liga Tokoh-tokoh Keadilan, yang di kemudian hari diganti namanya oleh Karl Marx, yang juga seorang Yahudi, dengan nama Liga Komunis. Kelompok ini merupakan kekuatan yang berdiri di belakang Revolusi Bolshevik, yang tidak lain sekadar tirai untuK menutupi rancangan mereka. Dengan kenyataan ini, "Illuminati" setelah ditinggalkan Adam Weishaupt, telah menjelma penuh menjadi "Freemasonry Moden"

Robertson, seorang peneliti sejarah 'Illuminati' lainnya menjelaskan tentang "perancangan besar", yang menurut pendapatnya berhasil menyatukan elit Barat dan anggota Freemasonry dari Rusia. Konspirasi ini pula menurul Robertson sebagai latarbelakang terjadinya tindakan drastik di Moscow pada tahun 1991 oleh ketua KGB,Mikhail Gorbachev,seorang anggota dan tokoh Freemason Rusia.


Jangan terkejut siapa saja yang menjadi anggota Illuminati-Freemasonry dewasa ini, yang bertujuan melanjutkan cita-cita para pengikut Kabbalah, yaitu membangun suatu "Tata Dunia Baru" (Novus Ordo Seclorum), cita-cita yang telah berusia 4000 tahun, sebagaimana dikumandangkan oleh presiden Bill Clinton tatkala memasuki Millenium Ketiga. Untuk tahun 2000 mereka ialah

Allaire, Paul Arthur - (Xerox Corp)
Allison, Graham Tillery, Jr. - (Center for National Policy)
Andreas, Dwayne Orville - (Archer Denis Midland Co)
Bartley, Robert Leroy - (Wall Street Journal)
Bergsen, C. Fred - (US Institute for International Development)
Bowie, Robert R. - (Overseas Development Council, Brookings Institute)
Brademas, John - (Texaco)
Brzezinski, Zbigniew - (Center for Strategic and Int'l Studies)
Clinton, Bill - (bekas Presiden A.S.)
Cooper, Richard N. - (Professor di Harvard University)
Corrigan, E. Gerald ) - (Eksekutif Goldman Sachs)
Davis, Lynn E. - (menteri muda luar-negeri A.S.)
Friedman, Stephen James - (Co-chairman Goldman Sachs)
Friedman, Thomas L. - (Kolumnis Sk. The New York Times)
Hesburgh, Theodore Martin - (Rektor University of Notre Dame)
Foley, Thomas Stephen - (anggota US House of Representative)
Gregen, David R. - (pembantu khas presiden Clinton)
Graham, Katharine - (Pimpinan Sk. Washington Post)
Greenberg, Maurice R. - (Wakil Ketua the US Federal Reserve)
Hewitt, William Alexander - (Duta-besar AS di Jamaika)
Holbroke, Richard C. - (Duta-besar keliling A.S.)
Jordan, Vernon Eulion - (Brookings Institute)
Kissinger, Henry Alfred - (bekas Menteri Luar-negeri A.S.)
Lord, Winston - (Asisten Menteri Luar-negeri A.S.)
McCracken, Paul Winston - (Professor di University of Michigan)
McNamara, Robert Strange - (Presiden Bank Dunia)
Mondale, Walter Fritz - (Duta-besar A.S.)
Nye, Joseph S. - (ketua National Intelligence Council)
Ridgway, Rozanne L. - (co-chairman Atlantic Council)
Robinson, Charles W. - (Overseas Development Council, Brookings Institute)
Rockefeller, David - (Chase Manhattan, Exxon Oil)
Scowcroft, Brent - (bekas pembantu presiden di National Security Council)
Sonnenfeldt, Helmut - (Brookings Institute, Carnegie Endowment)
Whitehead, John C. - (ketua Brookings Institute)
ZoelIick, Robert B. - (Federal National Morgan Associates)


Sebagai anggota Illuminati-Freemasonry, dimana orang-orang itu 90% mengetahui dan terlibat dalam gerakan membangun "Tata Dunia Baru", mereka juga menjadi anggota dari pertubuhan Bilderberg, Council Of Foreign Relations (CFR), 'American-Israel Research for Administrative Policies' (AIRAP), dan Trilateral Comission,iaitu cabang-cabang pertubuhan Dajal seterusnya yang mempunyai pelbagai peranan tertentu.


“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). (An-Nisa’: 89).

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).

Friday, October 22, 2010

PENDEDAHAN ILLUMINATI III - MISTISFILES

Adam Weishaupt lahir pada 6 Februari 1748 di Ingolstadt, Bavaria, Jerman. Ketika ia masih bayi orang tuanya yang pada awalnya memeluk agama Yahudi Ortodoks beralih memeluk agama Kristian Katolik. Tidak seperti kanak-kanak beragama Yahudi Ortodoks yang bersekolah di 'yeshiva' (madrasah Yahudi), Adam kecil disekolahkan oleh orang tuanya ke sekolah rendah Katolik, dan kemudian ke hochschule (sekolah menengah umum) yang dikelola oleh Aliran Jesuit.

Sebagai warga Bavaria, Adam mempelajari bahasa Czech dan Itali, dan di sekolah dengan cepat ia menguasai bahasa Latin dan Yunani, dan dengan bantuan ayahnya, menguasai bahasa Ibrani. Dengan kecerdasannya yang tajam dan penguasaannya pada pelbagai bahasa, para pendeta Jesuit pengasuhnya berharap dia akan menjadi seorang missionaris yang sangat cocok untuk bekerja di seberang lautan, terutama di Amerika Latin, atau di Asia. Tetapi Adam Weishaupt memberontak terhadap disiplin yang berlaku di lingkungan Aliran Jesuit. Ia melawan tekanan mereka dan merasa lebih baik menjadi profesor di bidang hukum gereja di Universiti Ingolstadt.

Sekitar tahun 1768 Adam Weishaupt mulai "membangun sebuah perpustakaan yang besar dengan maksud untuk membentuk suatu akademi ilmu pengetahuan dan sebagai tempat berhimpunnya para cendekiawan". Dia mempelajari hampir setiap manuskrip kuno Kabbalah dan buku pegangan apa pun yang ada kaitannya dengan ajaran tersebut. Adam Weishaupt sejak itu mulai tertarik pada okultisme, dan berasa asyik bukan hanya oleh ajarannya tetapi sampai kepada lambang Kabbalah, yaitu sebuah piramid besar dengan sebiji mata yang menyala.

Pada tahun 1771 Adam Weishaupt memutuskan untuk membentuk sebuah masyarakat rahsia, sesuai misi 'Ordo Kabbalah Putih' kuno, yang bertujuan untuk "mengubah" arah peradaban umat manusia. Untuk merancang impiannya Adam Weishaupt memerlukan waktu 5 tahun, sambil menghimpun keterangan dari berbagai sumber okultisme yang ditemukannya. Untuk aliran rahsia yang didirikannya diberinya nama, "Perfectibilisen", yang diambilnya dari kaum Cathar, cabang agama Kabbalah yang berkembang di Eropah selama 400 tahun. Gerakan kaum Cathar, yang disebut juga sebagai "kaum yang sempurna", dihancurkan oleh Paus Innocentius III di medan pertempuran Lambang Gerakan Illuminati Albigensia pada awal abad ke-13. Adam Weishaupt membangun alirannya dalam bentuk struktur sebuah Piramid, sesuai hierarki organisasi Kabbalah.Menurut Albert G. Mackey:

"Weishupt yang berpandangan kosmopolitan yang mengetahui yang mengetahui ajaran tahyul para pastor yang sewenang-wenangnya di bidang hukum telah mendirikan gerakan pembangkang di universiti.Ini adalah awal gerakan Illuminati atau yang dinamakan 'Pencerahan'.

Dia yang meninggalkan ajaran Katolik telah mendirikan jaringan kospirasi baru yang disebut Konspirasi Lucifer dan Gereja Syaitan (The Synagogue of Satan).Menurut pemahamannya, syaitan bukanlah makhluk yang hina,melainkan kekuatan yang melambangkan kejujuran,keberanian dan kebebasan.Syaitan sebagai nakhluk telah mendapatkan pengampunan Tuhan dan sebagai bukti penebusannya,syaitan ingin menyelamatkan manusia.Ajaran ini ditanamkan kepada para anggota Illuminati bahawa fahaman Satanism merupakan bentuk evolusi kemanusiaan,lambang kebebasan manusia, dan mencakup jaringan denyut dunia secara global.


Selama lima tahun dia menyusun buku yang berjudul The Novus Ordo Seclorum (yang akhirnya menjadi motto Illuminati,dicetak di wang kertas satu dollar US) yang berisi konsep-konsep,doktrin,serta teori tentang pemerintahan global.Buku tersebut selesai pada 1 Mei 1776.Sebagai penghormatan terhadap dirinya,tarikh 1 Mei dijadikan perayaaan Komunis diselutuh dunia (Komunisme adalah cabang fahaman ciptaan Freemason dan Illuminati).Para anggotanya harus bersumpah taat kepada para atasan, yang dibahagi ke dalam tiga kelas utama : pertama, adalah novice, minerval, dan illuminati junior. Pada kelas kedua, terdiri dari knight, sedang kelas yang ketiga, atau kelas rahsia, terdiri dari dua tingkat, pendeta dan regent, serta 'magus' dan raja, atau 'Illuminatus Rex. Kaum Illuminati diharuskan senantiasa tutup mulut. Setiap anggota diwajibkan menyerahkan janji tertulis tidak akan mengungkapkan apa pun tentang organisasi rahasia ini kepada siapa pun; bersumpah tidak kenal siapa atasannya, dan asal usul dari organisasinya, tetapi ia yakin bahwa aliran ini telah ada jauh di masa silam. Anggotanya lebih lanjut bersumpah, "untuk tutup-mulut, serta taat dan setia selama-lamanya; setiap bulan ia wajib mengirimkan suatu laporan kepada atasannya yang tidak dikenalnya".

Adam Weishaupt merasa masyarakat hanya akan mampu "diselamatkan" dengan rombakan besar-besaran. Dalam kata lain, ia adalah utopist (pengimpi) pertama yang berpikir dalam skala global, dan mengimpikan saat ketika kelompoknya akan mampu mewujudkan 'Novus Ordo Seclorum' (Tata Dunia Baru). Aliran "Illuminati" dari Adam Weishaupt mempunyai lima tujuan akhir mengikuti sumpah kaum Kabbalis kuno,
1.menumbangkan kerajaan-kerajaan
2.menghapuskan pemilikan peribadi dan warisan
3.menghilangkan kecintaan kepada tanah air
4.meniadakan kehidupan keluarga dan lembaga perkawinan, dan pembentukan pendidikan yang bersifat umum bagi anak-anak
5.menghapuskan semua agama yang ada.

Dengan menghimpunkan orang-orang "yang terbaik dan paling cerdas" di Eropah, sebahagian besarnya adalah para cendekiawan Yahudi, Adam Weishaupt yakin sekali aliran yang didirikannya akan mampu mencapai tujuannya. Setiap anggota diaspirasikan untuk menjadi penguasa. "Kami", katanya, "merasa memiliki persyaratan yang diinginkan untuk menjadi penguasa". Tentu saja pernyataan itu menjadi godaan yang menarik baik bagi orang yang baik maupun yang jahat.

Aliran itu berkembang dengan cepat. Ia juga mendorong para pengikutnya tidak mundur dalam menjalankan kekerasan atau tindakan jenayah dalam mencapai tujuan-tujuan "Illuminati", dengan menulis, “Dosa hanyalah bila hal itu menimbulkan penderitaan, tetapi bila keuntungan yang diperoleh lebih besar daripada mudaratnya, maka hal itu menjadi suatu kebajikan". Urusan penganbilan ahli baru berlangsung dalam tempoh cepat. Adam Weishaupt menghimpun banyak pembantunya yang cekap untuk perjuangannya. Antara lain Baron Xavier von Zwack, yang melakukan lobi untuk memperluas jaringan aliran itu ,di Jerman dan 1nggeris, juga dengan bantuan William Petty, Earl dari Shelburne yang ke-2, dan Baron Adolf von Knigge, yang berhasil menghubungkan organisasi "Illuminati" dengan gerakan “Freemasonry" pada Kongres di Whilhelmsbad pada tahun 1782.

Sesungguhnya Adam Weishupt telah berjaya menjadikan pertubuhannya sebagai trend bagi orang-orang yang bijak pandai,pemimpin dan ahli korporat sebagai satu 'kelab' baru yang berprestij bagi kaum elit.Bukanlah bermakna semuanya menyertai Illuminati atas sebab Kabbalah dan mistik sesat,tetapi mereka akan diracun perlahan-lahan,disihir secara halus dan diperangkap tanpa disedari.Dan akhirnya mereka akan menerima segala doktrin yang disuap dan arahan-arahan Dajal Laknatullah melalui hamba suruhannya Adam Weishupt akan dicerna satu-persatu tanpa banyak membantah.Sesiapa yang membantah akan mengakibatkan kesan yang amat buruk dan adakalanya berakhir dengan kematian

PENDEDAHAN ILLUMINATI II - MISTISFILES


Sebelum berdirinya Illuminati moden yang diasaskan oleh Adam Weishupt,sebenarnya Illuminati telah lama wujud tetapi dalam bentuk lebih rahsia dan bersifat kultus.Hanya apabila Adam Weishupt mengasaskan Illuminati moden hingga membawa kepada nama Bavarian Illuminati,maka pertubuhan rahsia ini seakan-akan telah menjalani proses 'rebranded' (penjenamaan semula) dan imej serta strateginya tersusun dan lebih mantap.

Illuminati kuno adalah salah satu kelompok dalam kumpulan pemujaan syaitan Pagan-Kabbalah, di mana mereka memuja Iblis yang disifatkan mereka sebagai 'Pemegang Cahaya'.Iblis bagi mereka adalah malaikat yang dilupakan manusia,kadang-kadang disebut sebagai 'The Fallen Angel'.Nama lain bagi 'Pemegang Cahaya' ini adalah Lucifer iaitu nama yang diambil dari Bible dalam bahasa latin.Lucifer ini membawa kepada makna 'Morning Star' iaitu bintang yang bercahaya terang pada waktu pagi, merujuk kepada ketika Iblis dihalau keluar dari syurga, dia telah jatuh ke bumi sebagai 'The Fallen Angel' dan kelihatan seolah-olah bintang terang yang bercahaya jatuh dari langit.

Organisasi rahsia Yahudi tertua yang sekarang dikenal adalah gerakan kepercayaan Kabbalah, sebagaimana dibincangkan di sebelum ini, yang ternyata setelah ditelusuri telah berusia paling tidak 4000 tahun. Aliran Kabbalah yang pertama terbentuk kira-kira selama era pembuangan suku-suku Bani Israel ke Babilon di bawah nama "Aliran Persaudaraan" pada era dinasti Ur ke-3, antara 2112 - 2004 SM. Kaum Kabalis itu menyusup dan merebut kekuasaan, dan berhasil. Amalan "Aliran Persaudaraan" yang didasarkan pada ajaran Kabbalah itu tetap hidup dan dijalankan sampai ke hari ini


Illuminati bagi golongan Eropah-Kristian

Nama "Illuminati" berasal dari nama yang diberikan oleh para rahib Gereja Nicene Awal kepada mereka yang berserah diri untuk dibaptis menjadi Kristian. Mereka disebut "illuminati", yang artinya "mereka yang menerima cahaya" atau "pencerahan", dengan anggapan mereka telah menerima petunjuk tatkala dibaptis ke dalam iman Katolik; mereka telah menerima kurnia "cahaya" dalam ertikata "pencerahan nurani".

Sebuah aliran mistik gereja Katolik dengan nama "Illuminati" pada awal abad ke-16 berhasil disusupi oleh anasir Kabbalah yang ketika itu dalam pemburuan oleh Gereja di era Inquisition Sepanyol. Aliran Katolik yang talah diresapi fahaman Kabbalah ini kemudian muncul di Perancis dengan nama 'Guerinets' antara tempoh 1623 hingga 1635. Di Sepanyol dan Itali pada abad ke-15 dan ke-16, aliran ini muncul dengan nama lain, "Alumbrado", yang diertikan bahwa seseorang telah mampu melakukan interaksi langsung dengan Roh Kudus, sehingga mereka (orang-orang Kabbalis itu) tidak lagi perlu melakukan upacara gereja Katolik. Namun kepercayaan ini oleh Gereja Katolik dianggap sebagai bid’ah, dan mereka tetap menjadi sasaran perburuan Mahkamamah Inquisition. Selama kurang lebih seabad lamanya gerak-geri kaum 'Illuminati' Yahudi tidak terdengar. Mereka bergerak di bawah tanah. Tetapi pada tahun 117I nama "Illuminati" muncul kembali, pada sebuah organisasi yang didirikan Adam Weishaupt di Ingolstadt, Bavaria.

Siapa sebenarnya Adam Weishaupt?

Thursday, October 21, 2010

PENDEDAHAN ILLUMINATI I - MISTISFILES

di sini telah saya terbitkan satu siri mengenai illuminati agar kamu semua dapat memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dgn illuminati . Apa-apa yg terkandung dalam siri ini adalah berdasarkan daripada maklumat yang telah saya perolehi dari mistisfiles.blogspot.com.

selamat membaca



Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

CATATAN SRIKANDI - MISTISFILES

Gambar menunjukkan raja dan permaisuri Melayu dari dinasti Sailendra sedang berehat di dalam istana sambil dikelilingi para pegawai kerajaan dan inang-inang diraja.Relief dari Borobudur,Indonesia. 




Catatan Srikandi IV: Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!




Ketika saya belajar sejarah dahulu,terutamanya ketika di tingkatan satu,saya memahami selepas topik 'orang gua' (Paleolitik,Mesolitik dan 'litik-litik' yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan Melaka.Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini.Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil,saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes.Filem paling tidak senonoh dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5,barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara.Ada disebutkan tentang Champa dan Funan.JUga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya.Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang Melayu!Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu!Memang saya tidak tahu.Dan ramai tidak tahu.Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia.Tidak ada kesinambungan.Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini.Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu hanya terdapat di semenanjung.Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera.Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo,Brunei Darussalam.Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai.Pada mulanya juga,saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu YANG MULA-MULA SEKALI adalah Kerajaan Melaka.Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa kerajaan.Saya diajar tentang Parameswara,penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi,wakil pemerintah 'Siam' di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka.Saya berfikir,bagaimana 'Siam' boleh sampai nun...di Singapura sana.Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka sejauh Temasik.Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan 'Siam'.Jadi dari mana orang Melayu datang?Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka?Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!Saya juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.


Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.


Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit.Pertamanya orang Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam.Kemudian yang lucunya,ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung!Ini adalah KARUT kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu),orang Pyu,Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka!Bukan sebab membunuh Temagi.Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Semua ini bagaikan melengkapkan satu 'puzzles' yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan.Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia.Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang.Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral.Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian menuntut kawasan ini.Dari segi kedudukan,Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana lebih berdekatan.Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China terpaksa menggunakan SENJATA BERBAHAYA yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang 'duit rakyat didahulukan,perut sendiri diutamakan'.Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?

S E J A R A H.

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal orang 'Kunlun' untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat





Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu.Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia,pakar dalam ilmu maritim.Sehingga pada candi,tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.


Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala.Sebab itu saya katakan dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan Ultrakiasu mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan 'inferior' terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem The Legend of Queen Suriyothai dan King Naresuan dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik bangsa dengan MENDEFINISIKAN SEMULA SEJARAH MEREKA.Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan,NAMUN MEREKA SEDAR BETAPA PENTINGNYA PRESTIJ SEJARAH UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT BANGSA MEREKA.Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat?Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan Melayu,namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit.Apabila Ultrakiasu (ingat,bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang,maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang.Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu,apakah yang pemimpin UMNO ini buat?AMARAN,AMARAN DAN AMARAN SAHAJA?Ini kedunguan saudara dan saudari.Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan.Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik 'Hidup Melayu!' namun pada masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit.Apa gunanya Perkasa dan Pekida?Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya.Mereka amat BERANI BERKOKOK DAN BERGADUH.Tetapi mangsa mereka siapa?ORANG MELAYU JUGA!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain.Sebab apa?Pertamanya sebab MEMANG MEREKA PENGECUT.Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO ada 'deal' dengan Ultrakiasu.Ini semua cerita pasal duit.No money no talk.Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British.Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan Ultrakiasu.Apa yang boleh saya katakan,why are you so stupid?

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina kepada DAP.Ini memang sudah keluar carta.Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut,bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS,bermula dengan baik dengan tema agama,kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan Kemelayuan.Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri.Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya,anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.Jadi 'makhluk' lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya,PAS seakan-akan rela membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat.Sudah-sudahlah berpolitik.Jangan sampai PAS bertuhankan politik.Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya.Ini sudah sampai peringkat sadis dan 'gore'.

Adakah saya boleh berkata,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-Sriwijaya.Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508 BC-1458 BC),sudah tercatat nama 'Perahu' dan 'Hati' sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu,sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka.Mengapa?Tidak percaya?Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi? :D

TETAPI SAYA MAHU PERCAYA.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka SEKALIPUN,orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka.Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal.Rempah dan kemenyan adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa 'Maat Heru' dalam The Egyptian Book of The Dead yang terukir pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama 'MATAHARI' dalam bahasa Melayu.Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno?Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati?Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu dan bangsa Phoenicia,memimpin saya kepada petunjuk di Borneo.Saya menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk 'slang' pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei.Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu.Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

INILAH PUNT YANG SEBENAR!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!

Sungguh!Saya benar-benar teruja dengan sejarah melayu yg penuh dengan misteri

- MISTISFILES