Friday, October 22, 2010

PENDEDAHAN ILLUMINATI II - MISTISFILES


Sebelum berdirinya Illuminati moden yang diasaskan oleh Adam Weishupt,sebenarnya Illuminati telah lama wujud tetapi dalam bentuk lebih rahsia dan bersifat kultus.Hanya apabila Adam Weishupt mengasaskan Illuminati moden hingga membawa kepada nama Bavarian Illuminati,maka pertubuhan rahsia ini seakan-akan telah menjalani proses 'rebranded' (penjenamaan semula) dan imej serta strateginya tersusun dan lebih mantap.

Illuminati kuno adalah salah satu kelompok dalam kumpulan pemujaan syaitan Pagan-Kabbalah, di mana mereka memuja Iblis yang disifatkan mereka sebagai 'Pemegang Cahaya'.Iblis bagi mereka adalah malaikat yang dilupakan manusia,kadang-kadang disebut sebagai 'The Fallen Angel'.Nama lain bagi 'Pemegang Cahaya' ini adalah Lucifer iaitu nama yang diambil dari Bible dalam bahasa latin.Lucifer ini membawa kepada makna 'Morning Star' iaitu bintang yang bercahaya terang pada waktu pagi, merujuk kepada ketika Iblis dihalau keluar dari syurga, dia telah jatuh ke bumi sebagai 'The Fallen Angel' dan kelihatan seolah-olah bintang terang yang bercahaya jatuh dari langit.

Organisasi rahsia Yahudi tertua yang sekarang dikenal adalah gerakan kepercayaan Kabbalah, sebagaimana dibincangkan di sebelum ini, yang ternyata setelah ditelusuri telah berusia paling tidak 4000 tahun. Aliran Kabbalah yang pertama terbentuk kira-kira selama era pembuangan suku-suku Bani Israel ke Babilon di bawah nama "Aliran Persaudaraan" pada era dinasti Ur ke-3, antara 2112 - 2004 SM. Kaum Kabalis itu menyusup dan merebut kekuasaan, dan berhasil. Amalan "Aliran Persaudaraan" yang didasarkan pada ajaran Kabbalah itu tetap hidup dan dijalankan sampai ke hari ini


Illuminati bagi golongan Eropah-Kristian

Nama "Illuminati" berasal dari nama yang diberikan oleh para rahib Gereja Nicene Awal kepada mereka yang berserah diri untuk dibaptis menjadi Kristian. Mereka disebut "illuminati", yang artinya "mereka yang menerima cahaya" atau "pencerahan", dengan anggapan mereka telah menerima petunjuk tatkala dibaptis ke dalam iman Katolik; mereka telah menerima kurnia "cahaya" dalam ertikata "pencerahan nurani".

Sebuah aliran mistik gereja Katolik dengan nama "Illuminati" pada awal abad ke-16 berhasil disusupi oleh anasir Kabbalah yang ketika itu dalam pemburuan oleh Gereja di era Inquisition Sepanyol. Aliran Katolik yang talah diresapi fahaman Kabbalah ini kemudian muncul di Perancis dengan nama 'Guerinets' antara tempoh 1623 hingga 1635. Di Sepanyol dan Itali pada abad ke-15 dan ke-16, aliran ini muncul dengan nama lain, "Alumbrado", yang diertikan bahwa seseorang telah mampu melakukan interaksi langsung dengan Roh Kudus, sehingga mereka (orang-orang Kabbalis itu) tidak lagi perlu melakukan upacara gereja Katolik. Namun kepercayaan ini oleh Gereja Katolik dianggap sebagai bid’ah, dan mereka tetap menjadi sasaran perburuan Mahkamamah Inquisition. Selama kurang lebih seabad lamanya gerak-geri kaum 'Illuminati' Yahudi tidak terdengar. Mereka bergerak di bawah tanah. Tetapi pada tahun 117I nama "Illuminati" muncul kembali, pada sebuah organisasi yang didirikan Adam Weishaupt di Ingolstadt, Bavaria.

Siapa sebenarnya Adam Weishaupt?

No comments:

Post a Comment